Sesuatu yang menyentuh qolbuku. Moga2 ia sebagai peringatan bagi diriku dan anda semua. Moga2 kita dapat pegang tali ini dgn kuat.. Insyaallah.
diambil dari :http://blogs.muxlim.com/i4/tinggalkan-cinta-kerana-allah/
Tinggalkan Cinta Kerana Allah
Wahai teman-teman sekalian,   Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa  dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh  apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada  saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya  khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa  saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya  sendiri untuk hari-hari kemudian.  
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan  disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh  hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk  dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping  hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh  mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting  wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak  dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk  itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa  syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah  orangnya.   Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian  tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.  Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali  wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah  belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan  saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita  kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki  berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk  memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir  beberapa kali.  
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk  mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.  Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah  perkenalan kami bermula.   Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa  mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.  Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia  amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun  dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman  dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.
Suaranya  amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara  ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia  sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan  maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali  dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa  punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi  dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,  itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan  orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata  walau sepatah.  
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang  perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua  itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu  siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya  bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping  saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan  respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih  dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang  boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok  semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah  lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan  rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak  pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu  daripadanya.   Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan  menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. 
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan  lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.  Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah  yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan  kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.   Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,  ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa  suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi  akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.  
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu  perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya  sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan  saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat  saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing  right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is  permitted. But I know there's no relationship between male and  female except for what is very important and official between them.  So, may I know what kind of relationship you are having now and I  want to hear it from your mouth that it is legal in what you have  been learning until now.""Not a single phrase, nor a word."   "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you  can never build it on what Allah has stated as wrong and proven  false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and  blessed family come from Allah, and you don't even have anything to  defend it as blessed if the first step you make is by stepping into  what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah  doesn't help you so, and you must know in every family that stands  until their dying day, they have Allah on their side. You can't  expect Him to help you if you did the wrong step from the very  beginning." Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu  kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan  kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang  dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.  Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam  lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali  selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah
 saya  pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada  satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama  dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu  untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan  saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.  
Ummi berkata:   "
It's not me who want you to make a decision like this, but Allah  tells you so."   Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan  itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat  faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti  mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta  maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan  saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada  jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan  yang jauh lebih baik dari sekarang.   Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan  hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap  kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh  perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami  muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala  kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali  cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah  yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami  insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah  sudi maafkan kami.  
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu  melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu  yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.   Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah  berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup  saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri  telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana  mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir  dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan  umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan  kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati  saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan  berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.  
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia  sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita  tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang  seumpamanya."   Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara  lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s  dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?  
Mafraq, Jordan. _________________ keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..insyallah..   lelaki idaman saya...;-)               Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman. 
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah. 
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam 
Yang sentiasa haus dengan ilmu 
Yang sentiasa dahaga akan pahala 
Yang solatnya adalah maruah dirinya 
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar   
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu 
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan  Allah  
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya 
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya 
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya 
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang 
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat  jembalang  
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya 
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga 
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam 
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan 
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat  
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam 
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah 
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara 
Yang menjaga matanya dari berbelanja 
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya  
Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa 
Matanya kepenatan kerana penat membaca 
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir 
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan 
Bangunnya subuh penuh kecergasan 
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan  
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati 
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat 
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga 
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik 
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian  
Lelaki idaman saya adalah lelaki 
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia  Kerana dia mengimpikan syurga 
Di situlah rumah idamannya 
Dan dia ingin membawa saya bersama 
Dialah lelaki idaman saya
                            -------------------------------------------------------