<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d36224245\x26blogName\x3dLoving+ma+self\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://oldskulz2004.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://oldskulz2004.blogspot.com/\x26vt\x3d-1321655929748760643', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, April 30, 2008
Saya terbaca ada jgk lelaki yg seperti menyalahkan wanita kerana mereka memakai pakaian yg kurang elok yang menampakkan aurat di luar. Memangla salah mereka akan tetapi janganlah beri alasan bahawa kerana mereka nafsu kita tk dpt tahan.. (ada jugak mereka yg sudah berkahwin) isykk..

Kita kan boleh puasa. Puasalah isnin dan khamis kalo nk tahan nafsu. Cubalah kuatkan keimanan kita dulu.. wallahu a'lam.

Ada dengar jugak khabar mengatakan bahawa wanita ni mempunyai 9 nafsu dan 1 akal dan laki ada 9 akal satu nafsu. Mereka kata bahawa wanita boleh salurkan nafsu mereka ke mana2 yg 9 tu akan tetapi bagi kaum adam pula mereka tdk bole salurkan kecuali pd seksual.. Hmm.. ntah eh.. Mengikut psychology memangla masuk akal, kalo lelaki tu bermanja2, setau ana agaknye laki itu kurang mau kpd setubuh. Agaknye kerana nafsu itu disalurkan kpd jalan yg laen..

allahu wa rasulihi a'lam.


That's it for now.. Allah subhanahu wa ta'ala knows best, 1:52 PM

-------------------------------------------------------
Tuesday, April 29, 2008
Diambil daripada norhalizah.multiply.com

Dari tajuk yg ditulis...memang susah nak genggam bara api...siapalah yang tahan?
Orang kuat berbadan besar mcm Malek Noor pun tak mampu rasanya nak pegang bara api.

Berpoligami mudah dilaksanakan jika lelaki dan wanita faham benar-benar akan perlaksanaannya dalam Islam.

Poligami adalah hukuman yang datang dari Allah SWT untuk umatnya supaya masyarakat hidup aman damai dalam institusi keluarga. Hukuman yg Allah SWT turunkan memang dah cantik dan lengkap namun lelaki & wanita tidak berjaya melaksanakannya dengan baik. Poligami ini diibaratkan sebuah projek yang melibatkan seorang lelaki dan 2 orang wanita sebagai ketua & ahli yg dinamakan Projek Rumahku Shurgaku.

Jadinya perlulah ada persefahaman iman, akal dan nafsu semasa nak menjayakan projek ini. Jika salah seorang ahli atau pun ketua salah gunakan salah satu dari iman, akal dan nafsu maka projek ini tidak berjaya. Sebaik-baiknya untuk menjayakan projek ini sebagai projek yg sukses di dunia dan akhirat iman dan akal mengawal nafsu.

Berpoligami memang Allah SWT benarkan kepada lelaki dalam Surah An- Nisa Ayat 3 "Nikahilah oleh kalian wanita-wanita (lain) yang kalian senangi dua, tiga, atau empat. Akan tetapi, jika kalian khawatir tidak akan dapat berlaku adil, maka nikahilah seorang saja atau kalian nikahi budak-budak yang kalian miliki. Hal itu adalah lebih dekat pada sikap tidak berbuat aniaya (An-NisaE3).

S: Ustaz, Suami saya ingin berpoligami ustaz, apa kurangnya saya ustaz sehingga dia nak poligami lagi. Tak cukup satu, dia nak tambah isteri pula?

J: Tujuan berpoligami tidak semestinya hendak menunggu kekurangan isteri barulah boleh berpoligami. Antara tujuan murni berpoligami ialah suami nak ikut apa yang Tuhan anjurkan di dalam Al-Quran. Sebab nak tegakkan sunnah Rasulullah . Sebab nak ikut tradisi orang soleh.

S: Tapi ustaz, yang ini nak ikut sunnah, yang lain tak pula ikut

J: Yang dia sembahyang, puasa tu kan dia dah ikut sunnah. Bila dia menutup aurat, menuntut ilmu, berniaga tu ikut sunnah juga. Jadi jangan mudah-mudah cakap suami tak ikut sunnah. Jadi bila dia nak tegakkan sunnah yang poligami ini, itu tak sepatutnya kita halang.

S: Yalah ustaz, Masalahnya bolehkah dia tu adil?

J: Jangan kita sebut soal adil dahulu, sebab kita tak tahu lagi. Patutnya kita berbaik sangka dengan Tuhan moga Tuhan beri kekuatan kepada suami kita menjadi orang yang adil. Kemudian daripada itu, tugas kita pula membantu suami menjadi adil. Bukan kita main lepas tangan. Mungkin kita nak tutup kelemahan kita, kita tuding jari suami tak adil sedangkan dia belum lagi berpoligami, sudah kita label dia sebagai tidak adil dalam berpoligami. Sebaiknyalah kita menyebut kita lemah dan tak mampu nak berpoligami daripada terus menghalakan kerisauan kepada suami. Patutnya kita halakan pada diri,masalah aku bagaimana? Seperkara yang kita perlu ingat, soal adil ni, ada seorang isteri kena adil. Dua isteri pun kena adil. Soal adil ini luas, dan tak perlu tunggu poligami baru timbul soal adil.

S: Bukan apa ustaz, saya dah sayang pada dia. Tak gamak saya nak lepaskan dia pada orang lain.

J: Nak betulkan sedikit..Bukan lepaskan terus. Ia sekadar berkongsi kasih sayang. Kalau dulu kita seorang sahaja yang menyayanginya atas nama isteri. Tetapi kali ini sudah ada orang lain, yang juga menyayanginya atas nama isteri. Nak tanya, apa erti sayang? Sayang ertinya pengorbanan. Jangan sebut sayang atau cinta selagi tidak berkorban. Sanggupkah kita mengorbankan kasih kita itu? Kalau boleh, barulah bermakna sayang kita. Seperkara lagi, erti sayang itu ialah bila kegembiraan dia juga menjadi kegembiraan kita. Kesedihan dia pula menjadi kesedihan kita. Patutnya hati kita selari dengan suami kita. Kalau suami kita nak berpoligami, tumpang gembiralah. Itu kesukaan suami kita dan syariat pun membenarkannya. Tapi tak nafilah, yang lain mungkin senang. Tapi bab ini susah sedikit.

S: Saya bimbang ustaz dengan isu yang digembar-gemburkan dalam akhbar tentang lelaki yang berpoligami menganiaya isteri.

J: Jangan sebut begitu, sekali lagi ditekankan di sini, berbaik sangkalah dengan Tuhan. Jangan kita samakan nasib kita dengan orang lain. Bergantung haraplah dengan Tuhan. Yakinlah kita dengan Tuhan, Dia yang menentukan segalanya. Oleh itu, mintalah kebaikan dari Dia. Tambahan pula, kisah rumahtangga porak peranda tak semuanya berlaku pada poligami. Yang tak poligami pun biasa kita dengar, porak peranda juga. Tinggal lagi, akhbar ni suka highlight yang poligami sahaja. Bahkan banyak kes yang tak poligami, suami menganiaya isteri. Ini tak dipaparkan.

S: Dengan saya seorang pun, dia susah ustaz. Jadi macammana poligami ni, takkah nanti lagi susah hidup dia.

J: Itulah yang disebutkan tadi, segalanya dari Tuhan. Yang mula-mula Puan kahwin dengan dia dulu, ada tak fikir tentang hidup susah. Mestilah atas dasar yakin yang boleh hidup senang. Segalanya ketentuan Tuhan. Rezeki itu dari Tuhan. Yang ibu-ibu boleh melahirkan anak, kerana mereka yakin rezeki Tuhan pada anak-anak. InsyaAllah, ada rezeki untuk orang yang berpoligami. Sejarah juga membuktikan sahabat-sahabat dan para tabiin berpoligami tetapi mereka tidaklah mati kebuluran kerana berpoligami. Susah senang ni bukan pada ukuran poligami. Ada yang isteri seorang pun merempat juga. Sebaliknya ada juga yang isteri 4, boleh hidup senang. Tak perlu tunggu dia gaji RM10,000. Memang Tuhan dah janjikan sebegitu.

S: Baiklah ustaz, tapi apapun dia kena minta izin saya dahulu. Saya isteri pertama dia, kalau saya tak izinkan, mana boleh dia poligami.

J: Itu undang-undang syariah negeri tapi tak ada sebut pun dalam Al-Quran mahupun hadis. Soal keizinan tak timbul sebab dalam Quran, Allah dah izinkan. Rasulullah pun dah izinkan malah diamalkannya pula. Jadi, siapa kita? Takkan kita pula tak izinkan? Boleh nampak tak?

S: Memang berat ustaz. Baiklah saya mengaku saya tak mampu menghadapi semua ini.

J: Inilah jalan untuk wanita seperti Puan meningkatkan darjat Puan. Kalau setakat ada suami dan Puan pun pergi kerja balik kerja, mungkin hidup Puan tak ada banyak ujian. Tapi bila poligami, Puan kena banyak mujahadah. Maksudnya ada ujian. Puan ada rasa tercabar. Puan perlu banyak bersabar. Di sinilah peningkatan untuk Puan, insyaAllah. Mana yang lebih besar, Suami Puan atau peningkatan Puan di sisi Tuhan? Di sini baru terserlah kebaikan poligami sebab ia satu cara nak meningkatkan taqwa. Kalau dengan ibadah mungkin prosesnya lambat. Tetapi dengan poligami, ia jadi cepat.

S: Terima kasih ustaz. Berikanlah nasihat akhir ustaz pada saya.

J: Mengapa Puan jadi begini sebab selama ini bagi puan, suami itu adalah segala-galanya. Itu perlu diubah. Suami bukan segala-galanya. Sebaliknya, Tuhan adalah segala-galanya. Ketahuilah kita, selama ini kita telah membesarkan yang kecil. Suami itu sekadar hadiah dari Tuhan untuk kita. Dia boleh datang dan pergi dalam hidup kita. Tetapi jangan sampai Tuhan kita pinggirkan. Atau kita kesampingkan. Kalau tak berlaku poligami, kita tak nampak ini. Usahakan supaya kita kuat dengan Tuhan, insyaAllah nanti kita akan kuat menghadapi perkara dunia seperti poligami.


Berdoalah pada Tuhan:, "Ya Tuhan! Aku hendak redhaMu Tuhan. Kalaulah dengan poligami ini, aku dapat redhaMu, aku bersedia. Namun, aku lemah Tuhan, aku tidak mampu. Kau bantulah aku Tuhan menghadapi poligami ini. Bantulah aku untuk aku berbaik-baik dengan maduku. Dan bantulah aku untuk sentiasa dapat menyenangkan suamiku. Juga, bantulah suamiku untuk menjadi kuat denganMu Tuhan, moga-moga dengan itu, dia dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya. Moga-moga dengan itu, kami sekeluarga mendapat kebahagiaan yang hakiki dariMu."

Wallahu`alam.Sekian, semoga mendapat ilmu.


That's it for now.. Allah subhanahu wa ta'ala knows best, 1:11 AM

-------------------------------------------------------
Monday, April 21, 2008
Just wanna clarify my previous entry.
Ana lebih suka orang yg mengatakan pendapat mereka dan jelaskan. Bkn utk menyeberaikan ummat. Akan tetapi ingin mengetahui mana satu yg lebih btul kepada kebenaran. Ana fakir. Bagi ana, yg lebih rojih itu, amekla, yg kurang sedikit tu tinggalkan.. Same goes to the rest, insyaallah..

Kita manusia biasa tiada hindar dari kesilapan. Improvasi diri utk menjadi insan yg lebih mulia.
Akhlak mestilah dijaga supaya kita akan hidup aman sentosa.

Wallahu a'lam bissowaab


That's it for now.. Allah subhanahu wa ta'ala knows best, 11:20 PM

-------------------------------------------------------
Sunday, April 20, 2008
Read some stuff on the net. Here are some of the things that i search on

The gender gap is widening on college campuses. Female students continue to outnumber male students, although men still hold more positions of power on campus. What do these trends mean for students and the future of higher education?

So what u guys think??
Adakah kerana feminist movement yg sekarang ada, atau guys are less self motivated.. Or mayb guys nowadays have low self-esteem. Cket2 "aku ni tk pandai", "aku ni bodoh"..
hmm..

view full report:
http://www.pbs.org/newshour/extra/features/july-dec02/college.html

DYK that:
Imam bukhari had photographic memory

Sunnis praise his memory, saying he was:

endowed by nature with great intellectual powers, although he was physically frail. He possessed a sharp and photographic memory, and a great tenacity of purpose, which served him well in his academic life.

wallahu a'lam bissowaab


That's it for now.. Allah subhanahu wa ta'ala knows best, 1:45 AM

-------------------------------------------------------
Tuesday, April 15, 2008
Reading mengenai kitab "The madinan way" by ibn taymiyah.. It was a great book. Mengenai mazhab and also fiqh, ( usul, tarikh tasyri' n etc.)

I recommend u guys to read the book.

Well, i want to go madinah and study there.. Insyaallah. Ameen.
Few reasons why i wanna go madinah:

1) They are more closer to the sunnah
2) Al-masih dajjal tdk bole masuki sana ( refer to kitab sohih bukhari)
3) Mereka sejak dulu lagi mengamalkan apa yang diturunkan oleh rasulullah.

wallahu a'lam.

Lecturer Uniti tdk akan dtg lagi mula next sem..
What a waste.
Kebanyakan lecturer uniti adalah mereka yg alim. Mereka membahagikan pendapat mereka berlainan dgn ada asatizah mengata ia khilaf. Mcm senang sngt kata khilaf sahaja. Y not u b firm and have a stand bt then beserta kn ilmu. hmm..

wallahu a'lam


That's it for now.. Allah subhanahu wa ta'ala knows best, 2:26 PM

-------------------------------------------------------