Kisah Yg Menyayat Hati... Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANA ( got tis from a fwen of mine thru email )
Pada suatu hari, seorang 
gadis yang terpengaruh dengan cara hidup  masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju kedestinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman,pakaian gadis tersebut sangat 
menjolok mata.
Bajunya agak 
nipis dan 
seksi hampir terlihat  segalayang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelakiajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi!  Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yangsesuai dengan ketimuran  dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baikdaripada kamu berpakaian  begini yang pastinya menjadi mangsa pandanganliar kaum lelaki...." nasihat  orang tua itu.Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan  agama itu dijawaboleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu  hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah  kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau  neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan  orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu,  si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi  sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.
"Ambil hanphone ku ini dan  hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam  untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si  gadis manis.Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang  buruk.Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan  kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang  masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.
Puas  pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis  tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.
Gadis itu telah  kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang  menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan. Orang  ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali  lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku  di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagimenyayat hati yang menimpa gadis malang  tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?  Nauzubillah,sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.  Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.
Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum 
Allah dan mahupun 
sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.Kata kata seperti ajaran Islam 
tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau 
sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata  yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
                            -------------------------------------------------------