بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
OO Allah please save the palestinians and save all the muslims around the world.
It inspires me to thrive harder in seeking god's pleasure by indulging in its knowledge. Feel the warmth and sense of satisfaction whenever manage to gain its knowledge.
Oo Allah, bless me with the knowledge and lead me to the straight path..
A quote from the book "Kasyfus Syubhat mengikis segala keraguan dan kesamaran" oleh
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah dan Syarah oleh
Syeikh Muhammad bin Soleh bin Usaimin rahimahullah.Berkata Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah dalam menafsirkan firman Allah ta'ala.
فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ
Ertinya: Maka sekiranya kamu berselisih pendapat dalam sesuatu persoalan, maka kembalikanlah persoalan itu kepada Allah dan rasulNya.....
(S An-Nisaa':59)
"Maka apabila ALLAH subhanahu wa ta'ala telah mewajibkan supaya kita mengembalikan perselisihan yang berlaku sesama kita kepada ALLAH, yakni kepada Kitabullah (Al-Quran) dab kepada Rasul, yakni Sunnahnya, maka dapatlah kita mengetahui secara pasti bahawa sesiapa yang mengembalikan perselisihan yang berlaku sesama manusia kepada al-Kitab dan As-sunnah, maka pasti meraka akan mendapatkan pada kedua-duanya penyelesaian dalam meleraikan perselisihan mereka itu".
Beliau pernah juga berkata: "Sesungguhnya kebahagiaan orang-orang terdahulu dan terkemudian ialah dengan cara mengikuti ajaran rasul-rasul mereka. Telahpun dimaklumi bahawa manusia yang paling berhak mengecapi kebahagiaan itu ialah orang-orang yang lebih berilmu dan beramal dengan peninggalan-peninggalan para rasul itu. Maka orang-orang yang mengamalkan ucapan-ucapan dan amalan-amalan serta mengikuti agama rasul-rasul, merekalah orang-orang yang memperolehi kebahagiaan di sepanjang zaman dan di setiap tempat. Merekalah golongan yang diselamatkan ALLAH dan seluruh kelompok agama yang lain. Mereka ialah Ahli Sunnah dan Ahli Hadtih di kalangan umat ini. ( Syeikh muhammad bin Hadi al-madkhaliy menukilkan ucapan beliau dalam bukunya al-iqna')
Ucapan beliau dalam risalah yang ditulisnya kepada Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Abdul Latif al-Ahsa'iey:"Sepertimana firmah ALLAH ta'alaقُلۡ إِنَّنِى هَدَٮٰنِى رَبِّىٓ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ دِينً۬ا قِيَمً۬ا مِّلَّةَ إِبۡرَٲهِيمَ حَنِيفً۬اۚ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَErtinya: Katakanlah(Wahai Muhammad): Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayat oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.(S. al-an'aam:161)Alhamdulillah, saya bukanlah orang yang mengajak orang untuk bermazhab kepada seorang sufi, atau seorang ahli Fekah atau ahli kalam atau seorang tokoh di kalangan ulama yang mereka agungkan seperti Ibnul-Qaiyim, az-zahabi, Ibnu Kathir atau ulama lainnya. Bahkan saya mengajak kepada agama ALLAH semata-mata, tiada sekutu bagina dan saya mengajak kepada sunnah Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam yang telah diwasiatkan pleh baginda untuk berpegang teguh padanya terhadap umatnya yang terdahulu dan terkemudian ini". (Al-Iqna')
Ucapan beliau dalam risalahnya yang dikirimkan kepada Abdullah bin Abdullah as-Sa'ani:"Adapun mengikuri rasul maka ianya adalah perkara yang wajib ke atas umatnya iaitu mengikuti baginda dalam perkara-perkara akidah, ucapan dan amalan".Kemudian beliau berkata: "Maka perhatikanlah -semoga ALLAH merahmatimu- akan agama yang ada pada Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam dan sahabat-sahabat baginda dan orang orang yang mengikuti mereka dengan sebaik-baiknya sehingga hari Qiamat. Dan agama yang dibawa oleh para ulama yang mengikuti mereka di kalangan ahli Hadith dan ulama Fekah seperti Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hanbal -semoga ALLAH meredhai semua mereka- agar diikuti athar-athar (riwayat-riwayat) mereka itu.Dari itu ku akhiri tulisan ini dengan satu hadith riwayat al-bukhari dan Muslim:
"Sentiasa ada dikalangan umatku satu kelompok yang menegakkan kebenaran, mereka tidak menghiraukan dengan orang-orang yang menentang mereka sehingga tibanya urusan ALLAH (Hari Qiamat)"
-------------------------------------------------------