


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak daripada hari pertama mereka dilahirkan.
Allah menjelaskan dalam surah al-baqarah ayat 233 yang bermaksud,
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."
Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu formula.
1) Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul
2) Sebaik sahaja bayi dilahirkan, payu dara mula mengeluarkan susu pertama yang kekuningan. Ia dikenali sebagai kolostrum. Khasiatnya tinggi sekali. Kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia juga mengandungi antibodi serta sel darah putih yang tinggi.
3) Ia mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit.
4) Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria.
5) Mengandungi asid lemak yang bantu dari sudut memori dan lain-lain.
Faedah penyusuan
1) Ia dapat mengembalikan bentuk badan asal selepas bersalin. Dengan menyusui bayi, badan mengeluarkan hormon tertentu yang membantu rahim mengecut dengan lebih cepat sekali gus mengambalikan bentuk asal.
2) Penyusuan sepenuhnya selama 6 bulan pertama mampu menunda kedatangan haid dan mencegah kehamilan.
3) Ia dapat mengelak dari kanser payu dara.
4) Ia juga dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang ibu dan anak.
Wallahu a'lam.. Diambil dari kitab Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin