<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/36224245?origin\x3dhttp://oldskulz2004.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sunday, December 14, 2008
Budaya Seks Bebas

Apa yang dilakukan oleh kaum Lut pada zaman dahulu dengan budaya seks bebasnya sedang melanda dunia hari ini. Malah apa yang berlaku pada hari ini adalah lebih dahsyat lagi. Antara budaya negatif yang menyerang remaja dan belia kita pada hari ini adalah budaya hedonisme. Ia adalah satu doktrin yang menekankan keseronokan adalah kemuncak kepada kebaikan. Nauzubillah

Golongan muda adalah golongan yang paling terdedah kepada budaya ini. Kajian yang dilakukan oleh National Survey on Sexual Attitudes and Lifestyles mendapati seorang daripada empat orang wanita dan seorang daripada tiga orang lelaki di Britain mengadakan hubungan seks sebelum umur mereka mencapai 16thn. Di Singapura jugak tidak ketinggalan terpengaruh dengan budaya ini. Dengan hubungan bebas remaja, gejala sosial ini akan terus menimpa. Moga-moga Allah melindungi kita dari perkara sedemikian.

Pornografi menjadi sebuah industri yang besar pada hari ini.Antara media yang memaparkan gambar-gambar dan adegan-adegan lucah adalah internet.Pornografi bkn sahaja merosakkan akhlak manusia akan tetapi juga hubungan keluarga. Industri pornografi mengaut keuntungan sebanyak $57 billion dalam masa setahun.

Benarlah sabda nabi yang bermaksud, "Akan muncul daripada umatku mereka yang menghalalkan perbuatan zina, menghalalkan sutera bagi lelaki, minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan."
HR Bukhari.

Sahabat Abdullah bin Amr bin al-as berkata, "Amanah adalah alat kelamin manusia. Sekiranya manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya."

Dunia dengan seks bebasnya semangnya sedang mendekati kehancuran hari kiamat. Moga2 kita semua terpelihara dari perbuatan yang keji sedemikian..

Wallahu a'lam.


That's it for now.. Allah subhanahu wa ta'ala knows best, 10:01 PM

-------------------------------------------------------