Bismillah.
Alhamdulillah. Sudah pun masuk tahun hijrah yg baru, 1430. Kejam kelip, kejam kelip. Segalanya sudah berlalu. Tidak lama lagi akan tiba 2009. Amat sedih sekali sekiranya masa yg diberi, dibuang begitu sahaja.
Benarlah apa yang dikatakan oleh Imam Al-Syafie mengenai surah al-asr "Apabila manusia menrenungkan surah ini, ia sudah mencukupi".
Sebagaimana firman Allah dalam surah al-asr:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
وَالْعَصْرِ- إِنَّ الإِنسَـنَ لَفِى خُسْرٍ- إِلاَّ الَّذِينَ ءامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّـلِحَـتِ وَتَوَاصَوْاْ بِالْحَقّ وَتَوَاصَوْاْ بِالصَّبْرِ
Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan yang berpesan-pesan manusia dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.
Masa yang sudah berlalu tidak boleh putar kembali. Dari itu saya mengajak diri saya dan anda sekalian untuk mengimbas kembali segala perbuatan dan amalan yang sudah kita lakukan sepanjang 1429 H. Apakah kita telah memanfaati masa yang diberikan oleh Allah kepada kita? Adakah kita telah berjaya menjadi hamba yang bertaqwa kpd Allah? Adakah kita telah mengikuti suruhannya dan tinggalkan larangannya.. Masyaallah..
Moga2 Allah berikan kita hidayah dan petunjuknya.
Marilah kita sebagai seorang muslim, berada dalam aqidah yang satu yang dibawa oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dan yg diikuti oleh sahabat baginda dan pula diikuti oleh yang lain.
Semadikan diri untuk mencintai saudara-saudara Islam kita. Sebagaimana sabda baginda dalam satu athar yg mengatakan "Tidak sempurna iman seseorang sehingga beliau mencintai saudaranya .................................. "
Wallahu a'lam.
Dengan ini moga2 jurang perbezaaan antara kita tidak akan menimbulkan perbalahan dan moga2 musuh Islam tidak akan dapat menimbulkan fitnah dalam agama yg murni ini.
Insyaallah. Ameen.
-------------------------------------------------------