<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/36224245?origin\x3dhttp://oldskulz2004.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sunday, September 21, 2008
Ana ada sesuatu yg ingin dikongsi.

Hadith yg berbunyi:

Dari Abu Hurairah dari Nabi telah bersabda: "Janganlah kamu mengkhususkan malam Jumaat untuk qiyam berbanding malam-malam lain, dan jangan kamu khususkan puasa pada hari Jumaat kecuali ia hari puasa bagi seseorang dari kamu. Dan dalam satu riwayat yang lain: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." Muttafaqun 'alaih.

Dari hadith ini, kita bole pelajari bahawa Rasulullah menyuruh kita supaya tidak mengkhusukan sesuatu ibadah itu hanya pada sesuatu hari dan tdk mengamalkannya pada laen hari. Justeru itu kita sepatutnya mengamalkan sesuatu perkara itu secara consisten.

Sebagai contoh, hari jumaat, ramai di antara kita akan membaca yasiin, akan tetapi yg lebih baek dibaca adalah surah al-kahfi. Ambillah yg lebih afdhal dibaca. Insyaallah mendapat pahala sunnah. Wallahu a'lam.

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”.

wallahu a'lam


That's it for now.. Allah subhanahu wa ta'ala knows best, 6:27 AM

-------------------------------------------------------