Innalhamdalillah Nahmaduhu wanasta`inuhu wanastagfiruhu wanaudzubillahiminsyuruuri Anfusina waminsyayyiaati `amalina Manyyahdillah falaamudillalah wamanyudlilfalahadiyalahu. Wa asyhadu an laa ilaaha illahu wahdahu laa syariikalah, wa asyhadu anna muhammadan 'abduhu warusuuluh. Segala puji bagi Allah s.w.t. yang masih memberikan kita nikmat iman dan islam serta nikmat umur sehingga hingga saat ini kita masih diberi kesempatan untuk tttp berakstivitas dan berbuat sesuatu untuk bekal kita di akhirat nanti.Insya Allah Masalah ummat islam atau orang islam sering menjadi tanda tanya org2 kafir.. Adakah org islam tdk dpt menyesuaikan diri?? Adakah orang islam ini kuno??
Sedutan dari Berita Harian semalam, Haji Mohd Alami Musa, Presiden Muis berkata:
"Kita inginkan sebuah masyarakat Islam yang progresif, terbuka, inklusif dan juga selesa hidup dengan masyarakat lain, selain dapat menyertai sama arus kemodenan dengan tidak melihat ini bercanggah dengan Islam".
Apakah pendapat antum tentang ucapan sebegini?? Ana tdk menyalahkan beliau kerana beliau tertekan dengan bnyknya gejala sosial yg dilakukan oleh melayu/islam sendiri dan juga politik dari government yg menyuruh beliau membuat sedemikian..
Gejala sosial ini berlaku kerana Aqidah ummat islam sendiri yang tdk mantap.. Aqidah seseorg mesti selalu diasah kalo tdk akan ombang-ambing seperi ombak..
Dari itu, ummat Islam mestilah memantapkan aqidah masing2 supaya dpt menyesuaikan diri dan juga mempraktik Islam secara total.
Maaf kalo ana katakan bahawa, di Singapura ini tdk ada atau sngt sedikit sekali Usatdz/Ustadzah yg dpt mensyarahkan tentang bab Aqidah.. Jika ada ustadz yg mensyarahkan mereka akan dilabel oleh org islam sendiri, sebagai wahabi.. Mereka tdk akan dibenarkan mengajar lagi di masjid. Bila bertanya siapa itu wahabi?? Mereka kata wahabi sesat.. Bila tanya mengapa? Mereka sendiri tdk mengetahuinya.. Adapun Muhammad bin Abdul Wahab, beliau sangat berjasa kepada Negara Islam, bahawa beliau telah menentang tahayyul, bid'ah, syirik dan khurafat sebagaimana Rasulullah s.a.w. telah diutus utk menghapus perkara2 sedemikian..
1)Kadang2 ummat islam akan mengatakan "Mana mungkin mempraktik Islam secara total". Katakanla bahawa mereka boleh sekiranya mereka berusaha dan beristiqomah.. Buatlah perkara yg bermanfaat. Lihatlah sifat dan akhlak Rasulullah s.a.w. kerana beliau adalah suri tauladan dan manusia yg terbaik.
2)Walaupun dengan adanya pelbagai pengaruh ummat islam tdk seharusnya melakukan sesuatu yg tdk manfaat/sia2. Walaupun di singapura ini pelbagai pengaruh yg negatif, tinggalkanla. Dengan tdk melakukan perkara yg sia2 tentulah mereka akan mempunyai lebih bnyk masa utk mendalami dan mempraktik islam secara total dan juga mendalami ilmu duniawi. Dengan sedemikian, ummat Islam akan menjadi ummat tercontoh bag manusia lain..
Org2 kafir akan sentiasa tertanya "Whats your secret to success"?
Org2 kafir akan menganggap org islam inilah yg bagus.. Lama kelamaan, mereka akan memeluk Islam.. Insya allah.
3)Lihatla berapa mudahnya Islam. Buat perkara yg manfaat dan tinggalkanla yg sia2.. Sebagai contoh Shaikh Abdul Aziz Bin Baz, Matan Mufti besar seluruh dunia, moga Allah merahmati atas jasad beliau, walaupun beliau selalu sibuk dengan kerja2 di pejabat tetapi apabila ada sesuatu perkakas atau elektronik yg baru, beliau akan membelinya dan akan mempelajarinya supaya dpt memanfaatkan dari perkakas itu.. Lihatla ulama kibar seperti beliau, adalah contoh
yg baek. Beginila time management.
4) Agama Islam ini mudah.. Kadang2 org melayu kite yg menyusahkan.. Agama Islam kita sudah sempurna.. Sebagaimana firman Allah s.w.t. :
"Alyauma akmatulakum diinakum........"
Allah s.w.t. juga menyuruh kita supaya memasuki Islam secara total.
5)Ada satu ketika, apabila seorg pelukis, melukis gambar rasulullah s.a.w., ramai ummat Islam berasa marah dan tentu ada yg rase seperti mahu membunuh org sedemikian. Mereka menyatakan bahawa mereka mencintai Rasulullah s.a.w kerana itu mereka mahu membela. Adakah dengan membunuh org sedemikian perkara yg sewajarnya? Saya tidak menyatakan bahawa org itu tdk bersalah.. Tetapi beliau mungkin tdk tahu kerana dlm agama nasara kn ada patung2 dan sedemikian gambar2, jadi agaknya beliau rasa apa slhnya or even kerana beliau mahu menghasut agama Islam. Sepatutnya dengan ada perkara sedemikian, kita sepatutnye menguatkan Aqidah kita dan mempraktikkan sunnah baginda. Fikirkanlah, dengan membunuh, org2 kafir ini akan menganggap Islam ini agama yg extreme lag2 dengan berlakunya kumpulan terrorists yg bom berani mati. Mereka akan menganggap Islam seperti agama, suka bunuh org. Inilah yg membuat org nasara dan yahudu suke. Kalo sekiranya seorg2 itu benar mencintai Rasulullah s.a.w. beliau akan sentiasa mempraktikkan sunnah Rasulullah s.a.w. Sekiranya beliau tdk melakukan sunnah Rasulullah s.a.w. adakah boleh dikira beliau cinta? Wallahu a'lam. Bagi memboycott barang2 tersebut, ia sudah mencukupi.
6)Dengan berleluasanya fitnah, dan dangkalnya ilmu agama dlm diri muslim, sudah tentu mereka akan senang sahaja terpengaruh dengan manusia yg mrk anggap sebagai ulama. Ulama ialah pewaris Rasulullah s.a.w. Mereka akan menyuruh manusia kepada apa yg disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan tdk berselisih dari Al-Quran dan sunnah. Sekiranya, berselisih adakah bole digelar ulama? Wallahu a'lam.
7)Dlm hidup di singapura ini yg mencabar, pelbagai maslahah berlaku. Lag2, dlm bidang ibadah yg tdk disyariatkan oleh Allah s.w.t. Apakah dlm ibadah ada maslahah?? Sebagai contoh:
Sebahagian org sufi akan menghentak-hentak kaki mereka ketika berdzikir dengan berdalilkn bahawa ia dpt menggerakkan hati. Akan tetapi mrk terlupa, krn Rasulullah s.a.w. sebaik2 manusia. Sebagaimana dlm hadith sohih " Ni'mas salafi ana laki". Solat , puasa dan dzikir Rasulullah s.a.w. lebih bnyk dari kita.. Apakah mereka tdk mengetahui?
(Rasulullah s.a.w. sentiasa sentiasa menambah-nambah zikir-zikir dan amalan yg dpt mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Maka jika beliau terlupa daripada salah satu waktu atau tdk melakukannya, beliau menganggap itu sebagai satu dosa, oleh kerana itu beliau segera beristighfar. Lihat Jami'ul Ushuul' 4/386.) Apakah amalan ini tdk mencukupi?? Atau dgn niat bahawa mereka ingin merapatkan tali persaudaraan seperti tahlil? Walaupun utk merapatkan tali persaudaraan ia tetap tdk bole dilakukan kerana atas dalil bahawa jika sesuatu itu baik tentu org yg terdahulu akan melakukan.
Lihatla bagaimana, dlm pemerintahan Abu Bakar As Siddiq, kerana ramainya ummat Islam yg syahid, timbulla maslahah bahawa tkt2 nanti Al-Quran akan lenyap dan hilang dari org islam. Umar Al-Khattab memberitahu Abu Bakar tentang maslahah tersebut dan supaya Al-Quran dpt dikumpulkan utk dijadikan dlm satu mushaf. Akan tetapi Abu Bakar risau kerana perkara itu tdk dilakukan oleh Rasulullah s.a.w atau disuruh oleh baginda ketika hayat baginda. Selepas memujuk dan menyatakan tentang maslahah yg akan ditimpa ummat yg akan dtg barulah, Abu Bakar bersetuju dan para sahabat telah berijma' tentang perkara tersebut. Lihat lah Abu Bakar yg berasa tkt membuat sesuatu pembaharuan dlm agama, walaupun ia telah diconfirmkan masuk syurga. Rasulullah s.a.w. bersabda: Ikutilah sunnahku dan Khulaf Ur Rasydin".
Maka ikutilah. Lihatlah betapa terorganisir ulama2 sedemikian.. Ulama tdk akan berijma' dlm perkara yg bathil.
Aqidah menentukan tempat kembali seseorg di syurga atau di neraka.. Dari itu, Kembalilah kepada Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah s.a.w. mengikut pemahaman org2 yg terdahulu. Sebagaimana hadith sohih: Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian orang2 selepasnya, kemudian org2 selepasnya.
Ana memintak maaf bnyk2 jika ada membuat kesilapan atau mengguris hati pembaca. Moga2 kami diberi petunjuk dan hidayah Allah s.w.t. Ana hanya memberi nasihat or mayb pandangan ana sediri. Mereka yg rase ana ni seperti wahabi, yg kuno. Silakan. Ana hanya manusia biasa yg membuat kesilapan. Yg baik dtg dari Allah s.w.t. dan yg lemah dari ana sendiri.. Akhir kata "Moga2 MUIS akan membuat tindakan yg sewajarnya bagi menentukan nasib ummat Islam Singapura yg akan dtg".
Wallahu a'lam
-------------------------------------------------------