<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/36224245?origin\x3dhttp://oldskulz2004.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, February 01, 2007
Hmm.. Sedekahla.. Bkn semestinye duit kn2.. inilah kisah seorg hamba allah


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid
jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat Awal
sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih
Duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi
ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.

Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar
beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam
kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak
seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul
dengan ahli-ahli kubur yang lain.

Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah
kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa
beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti
cahaya terang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan
membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya
masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat
apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula
ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera
menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

"Wahai hamba Allah! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih
Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk
oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi
apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang
yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari
pahala sedekah,bacaan, ayat-ayat suci Al Quran dan doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat.Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang
lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan
telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah
untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang
yang mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat
orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak
menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda.
lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan
berita keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al
Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat
ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa
ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya
yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata : "Wahai Salih ! Memang
betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam
perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat
dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat
keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat
untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk ke dalam biliknya lalu
keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil
wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku,cahaya mataku. Insya Allah aku
tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku
masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada
fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang
tinggal.
Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya
oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy Berangkat ke
masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia
singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi
melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang
dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan
memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat
gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah
membalas kebaikanmu itu.
""Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.

"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu."
"Apa tandanya?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata
"Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al
Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa
gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan
sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW) Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang Besar."
(Surah Al-Ahzab:71)"


That's it for now.. Allah subhanahu wa ta'ala knows best, 10:29 AM

-------------------------------------------------------